Tuesday, December 1, 2009
Raya Qurban 2009
Thursday, September 17, 2009
Balik Raya..antara Tol dengan Tidur

Bila dengar berita toll dari Gombak ke Jabor free pada 18hb September 2009....ini berita baik ni...tapi aku selalu balik kampung bertolak sebelah pagi-pagi tapi ini peluang yang jarang-jarang berlaku. Tak apalah akau balik malam sampai pagi esok boleh tidur....Tol Gombak RM5.00 Tol Bentong RM3.00 Tol Karak ke Jabor RM21.00 Jumlah RM 29.00 tapi pukul 12.01 minit sampai 5.00 pagi....larat ke aku nak memandu waktu macam ni. Waktu-waktu macam ni sedap tidur ni. Tapi masa muda-muda dulu aku selalu memandu masa macam ni....agaknya jalan akan sesak kerana ramai yang akan mengambil kesempatan tawaran ni....Kalau bertolak selepas solat Tawarikh kira OK lah ni...
Selamat HAri RAya Maaf Zahir Batin
Tuesday, June 30, 2009
Wednesday, June 17, 2009
Sg.Chongkak Hulu Langat
Cuti sekolah 2 minggu tak sempat nak bercuti. Ramai tetamu datang ke rumah dari kg. So kami sekeluarga tak kemana-mana cuti kali ni. yang datang nak hantar anak masuk kolej pun ada, yang datang nak tengok Anak saudara baru pun ada, yang datang nak ambil kereta baru pun ada....
Di hujung cuti sekolah sempat bawa anak-anak mandi kat Sungai Chongkak Hulu Langat aje..
nasib baik orang tak ramai syok juga ....
Wednesday, May 13, 2009
Wajah Baru
MIHAS 2009
Friday, May 8, 2009
Tuesday, May 5, 2009
Crankset SLX
Anak Saudara Bt Ali Sham
Si Angah ni sibuk nak bertanya apa Nama Baby ni pada IBU nya pada Achiknya yang masih lagi belum pulih sepenuhnya. Ke dua orang tua aku dalam perjalanan dari KT mungki petang baru sampai. kami sekeluarga baru lepas pergi kenduri mak Cik Wa kat selayang kg Nohkoda kiri 14 selayang.
Wajah-wajah ceria penduduk dunia akhir zaman, ramai perempuan dari lelaki termasuklah aku. dapat anak saudara pun perempuan. yang kecil tu di lahirkan di Hospital Sg. Buluh.Kakak nya di HUKM Cheras.Achik Hospital Selayang dan Angah satu-satu di lahirkan Di Kuala Terengganu.
Wednesday, April 22, 2009
Kursus Pengurusan Jenazah
Pada hujung minggu lepas, hari sabtu 18/04/2008 surau as-sobirin BTP telah mengadakan kursus pengurusan jenazah. Ramai juga penduduk yang hadir. itu pun bercampur budak tafiz kalau tak boleh bilang dengan jari yg hadir...Sambutan agak baiklah tu. Majlis bermula pukul 9.00pagi dengan ucapan pengerusi majlis iaitu ust. Faturahman. Ust. Ali dari Sg.Karang kalau tak silap. Ceramah sessi pertama adalah Saat-saat kematian apa yang perlu kita laku. Selepas tu Selepas kematian, apa yg perlu di buat oleh ahli keluarga atau sahabat. Lepas tu MAKAN dulu.majlis berhenti rehat lebih kurang pukul 10.30 pagi. banyak juga juadah yg di sumbangkan oleh penduduk Blok 2. Selepas rehat.....
Selepas dimandikan jenazah telah di kapan kan oleh tuan Iman Hj OSman kita di bantu oleh saudara NAza dan Anak nya...ada gaya keluarga NAza ni....
Mungkin keadaan surau kita orang tak air -con luar membuatkan jenazah kepanasan dan sempat tersenyum.....kalau mayat betul ni dah lama aku lari....
Bersedia kita kearah itu...
Tuesday, April 21, 2009
Lost World of Tambun
Last Year....dalam bulan Nov 2008, masa cuti akhir tahun sekolah kali pertama aku dan family pergi ke Taman Air kat Ipoh-Sunway City Ipoh. Kami pergi pun sebab anak -anak sibuk nak gi Lost world tu. Dia orang dapat Kupon potongan, tak ingat dah berapa % tapi lebih murah dari biasalah.
Perjalanan dari Rawang ke Ipoh lebih kurang 2 jam dalam kelajuan yang tidak menyalahi peraturan jalan raya. Maklumlah bawa keluarga. Sampai kat sana lebih kurang pukul 10.00 pagi. Punyalah ramai orang dah beratur untuk beli tiket. Kupon diskauan tu adalah hari terakhir rupanya. Patut lah ramai sangat orang. lebih kurang 1/2 jam jugalah beratur baru dapat masuk.
Macam biasalah makanan luar tak bagi masuk. makanan kat sana tak mahal sangat tapi minuman yang agak mahal. kami sekeluarga sewa satu pelampung untuk berlayar kat sana. Maklumlahlan ada anak kecil si bongsu tu baru 17 bulan tapi bukan main seronoknya main air. lebih kurang pukul 5.00 petang baru kita orang keluar. Penat jangan ceritalah tapi bila tengok anak-anak gembira berbalaoi lah datang jauh-jauh.
Dalam perjanan pulang semua anak-anak tertidur kepenatan. Nasib baik second driver tak tidur, adalah teman berbual tak lah boring sangat. Singgah sebentar makan kat hentian Tapah. Ramai juga manusia yang turun dari C/Highland. sampai rumah dah malam. malam tu bukan main lena lagi tidur.
Wednesday, April 15, 2009
Mukadimah
Ini adalah blog yang menceritakan apa yang terjadi pada Muda dan apa saja disekelilingnya samaada dulu, kini dan akan datang. Semoga sesiapa yang membacanya dapat sedikit sebanyak manafaat dari yg tersurat mahupun yang tersirat...Wallahualam!! Wasalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)