sambil membaca , sambil berzikir

Thursday, September 15, 2011

Toyota Hilux Double Cab Std

 Ini lah jentera baru yang akan Bersama dengan aku selama aku masih bekerja dengan company sekarang . Dah berhenti kena tarik balik lah...Aku dapat rasa jentera pada 3hb OGOS 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432 yang lalu....Tapi kat gran daftarnya pada 29hb Julai 2011 ...6 hari dia orang simpan keta ni...mungkin nak pasang tinter yg FREE tu kot..
Jentera ni yang paling murah dalam Keluarga HILUX. Kosong habis cermin pun turun manual aje. Standard jee kalau ambik yang G tu baru penuh Asso dia tu tapi harga dia lebih lagilah...dah dapat pakai ni kira OK lah...
Tapi agak kekok juga, pertama kali pakai DIESEL biasa Petrol. ada masa terbabas juga tapi nasib baik Bangla tu tegur....kalau tak susuh jugalah ya...tapi kita patut bersyukur apa yang kita dapat..hampir 2 bulan pandu kenderaan seronok gok Tinggi...main redah jeee...OFF road dah try OK...kesimpulan jentera memuaskan tapi barang agak PANAS sikit, itu lah dapat aje terus pasang Gear Lock dan Alarm itu utk sedapkan hati aje...kalau org nak Curi tak masalah Kot HArap-harap semuanya Selamat lah Doa-doa lah utk saya ya...WAsalam

Wednesday, September 14, 2011

UPSR 2011

SELASA 13 September 2011
  • 08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
  • 09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
  • 11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2
RABU 14 September 2011
  • 08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1
  • 09:55 pagi — 10:45 pagi – Bahasa Cina Pemahaman
  • 11:45 pagi — 01:00 petang = Bahasa Cina Penulisan
KHAMIS 15 September 2011
  • 08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
  • 10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
  • 11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
  • 02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam
Tahun ni anak yang ke 2 pulak menduduki UPSR.Tahun lepas kakak dia, keputusan agak baik. harap-harap keputusan anak ke 2 ni lebih baik lagi. Semua nya terserah lah selepas berusaha dengan gigih. Kita ibubapa ni resah gelisah apabila anak nak ambik exam , anak kita rilek jee...Kita hanya mampu berdoa ajelah...beri semangat kepada anak kita jangan tekan anak kita dengan harapan yang mengunung....Doa kami agar semua selamat....