sambil membaca , sambil berzikir

Tuesday, September 28, 2010

Ain Maisara & Anak-anaku




Posted by Picasa

bbq cuti sekolah...

Bila cuti sekolah biasa kami sekeluarga akan berCuti ke Terengganu Opppp Balik kampung kebetulan kami satu kapal aje....Dua-dua org Ganu.....Bila balik kg macam-macam aktiviti yg tak dirancang dapat di jalan kan atas kerjasama beberapa pihak yg bersungguh-sungguh untuk menjayakannya...antara aktivitinya adalah BBQ ni...dapat kita berapa masra ngam saudara mara yg dekat-dekat umah aje...

Makanan tak seberapa tapi yang penting kerjasama dalam suasana yg begitu mesra antara anak-anak kami dengan keluarga kat kg.










Antara org penting yg menjayakan aktiviti ini...jauh import dari Kuantan ni...pakar masakan Laut dan bakar membakar....tapi kalau cuti sekolah hujung tahun susah sikit nak buat macam ni pasal kat sana musim hujan....









Sunday, September 12, 2010

raya 2010

Raya tahun agak terhad sikit...cuti terpaksa di pendekan kerana anak yang sulong akan menghadapi exam upsr pada minggu depan...terpaksa lah balik awal sikit ...walaupun agak terhad tapi tetap meriah seperti tahun sebelumnya..

Tuesday, July 13, 2010

Ikim.fm 9 tahun

Rupanya dah 9 tahun Radio Ikim.fm bersiaran di Malaysia dan seantara dunia. Sempena menyambut ulang tahun yang ke 9 di adakan karnival di stadium Melawati Shah Alam Selangor. Kami sekeluarga sempatlah bekunjung ke tapak pesta yang bermula pada 9 hingga 11 July 2010. Sabtu 10 Julai 2010 kami ketapak pesta. Yang menariknya ada gerai Plastina. Macam-macam info yang dapat.. JAHAT israil laknatullah...

Gerai IKIM.fm sempat bergambar dengan DJ Ahmad Nazri yang suara memang Best....


Chef Mat dari ADABI sedang DEmo masakan..tapi tak tahu pulak apa yang di masaknya..DJ Siti Rohani menemani beliau. Beliua org kuat dan yang mencipta resipi untuk ADABI.




Ada soalan Kuiz....dapat hadiah tajaan Adabi. DJ siti Rohani sedang bertanya soalan kuiz tu...



Air Free....Jus apa lah...tapi bila cuaca panas memang best jus dengan ais ni....




Antara barangan jualan kat tapak pesta hari tu.








2 Sha'baan 1431 = 14 Julai 2010

Sedar tak sedar dah bulan Sha'baan dah...lepas ni Ramadhaan. Macamana puasa tahun lepas...tahun mesti ada preparetion untuk sambut bulan yang penuh keberkatan ni..bulan ni kita belatih puasa isnin dan khamis dulu..baru bila masuk Ramadhan nanti tak terkejutlah sangat. Bulan ni juga kita ada tarikh penting iaitu Israk dan Mikraj...ambilah pengajaran dari peristiwa dimana RAsulullah saw naik kelangit bertemu Allah untuk mengambil perintah Untuk SOLAT 5 waktu. Oleh itu jangan lah kita memadang remeh Solat 5 waktu ni...beramalah di usia MUDA ini...

Wednesday, July 7, 2010

Halal Malaysia MIHAS 2010

Mihas 2010 Halal Malaysia telah berlangsung pada 23hb Jun sampai 27 Jun 2010 bertempat di Jalan Duta Kuala Lumpur. Kami sempat juga menghadirkan diri untuk kali ini. Program semacam ni memang di minati oleh keluarga kami. Bermacam-macam product baru yang di temui terutama produk orang kita yg kurang mendapat tempat di pasaraya besar. Harga kat sini boleh tahan murah berbanding kat luar. Product dari luar negara pun banyak juga. kami sempatlah beli Teh Cina terus dari pengeluar dari China. Harga pun jauh berbeza dari biasa yg saya beli sebelum ni....kalau sempat tahun depan kita akan pergi lagi



Tuesday, July 6, 2010

Piala Dunia 2010


Mula dari sepak mula perlawanan antara tuan rumah Afika Utara lawan Mexico....sampai sekarang tak pernah lagi tengok yang pukul 2.30 pagi...ni dah semi final..tak ada lagi games 7 malam atau 10 malam...boleh ke berjaga sampai 2.30 pagi...tapi tak aku try berjaga sejauh mana boleh bertahan...tunggggggu...
Sepanyol......?????
OK lahhhh


Wednesday, April 14, 2010

19 tahun yang lalu



Hujung minggu baru-baru ni aku kemaskan stor bawah tangga rumah aku. Banyak betul kotak yang tak tersusun. Apa benda yang banyak sangat kotak yang memang tak tersusun. Terjumpa pulak album masa belajar kat PKB Politeknik Kota Bharu tahun 1988-1991. Masa dulu kita belajar dalam sistem penggal. Satu tahun satu penggal Final Exam 80% macam nak pecah kepala nak ingat satu tahun punya belajar. tak macam sekarang satu sem cuma beberapa minggu saja





Antara member yang berjaya menamatkan Program Dipolma Akauntansi selama 3 tahun kat Kok Lanas ketereh kelantan. Ada member yang sambung belajar lagi dan ada yang terus bekerja. Aku sambung kat UUM selama 4 tahun 1992-1996

Sunday, February 7, 2010

Majlis Pemuafakatan Ilmu Tahun 6



Sedar tak sedar anak sulong aku dah tahun 6 2010. Tak lama lagi dia akan ambil exam UPSR. Bermacam - macam program yang di atur oleh pihak sekolah antaranya ialah Program Majlis Permaufakatan ni...Dah lama aku tak gie majlis macam ni, maksud aku pergi ke sekolah. Kalau meeting PIBG aku tak pernah gie...tapi majlis ni dicret untuk anak aku so ...aku terpaksalah pergi untuk semangatkan anak yang nak UPSR tahun ni...




Antara member yang hadir sama untuk majlis ni...Siap dapat sarapan lagi..



Thursday, February 4, 2010

Sakit Mata..2010



Dah lama rasanya tak kena sakit Mata ni...Ujian dari Yang Maha Esa ni bermacam-macam, antaranya sakit mata ni. Dapat MC 2 Hari...boring dok rumah. hari ni dah gie kerja walaupun mata masih lagi merah.

Mulanya mata rasa gatal dan berpasir aje...pagi bila bangun taik mata dah banyak susah nak buka mata.Bila gie klinik sah jangkitan mata. Kata Dr yang merawat tu sakit mata ni tak boleh berjangkit macam tu aje....Kecuali ada sentuhan dimana pesakit telah menyentuh matanya dulu. Contohnya pesakit sentuh matanya dengan tangan dan kemudian dia sentuh atau guna Pen, Lalu pen itu disentuh oleh org lain dan dia sentuh matanya...lalu kuman akan terus ke matanya...

Semua penyakit di dunia ni Allah berikan dengan ubatnya sekali kecuali Mati...dan penyakit ni adalah untuk kita lebih mengingati Allah Yang Maha Esa..Di hapuskan Dosa-dosa kecil kita...Oleh tu bersyukurlah kita di beri sakit agar kita terus bertaqwa kepadanya...