sambil membaca , sambil berzikir

Wednesday, April 22, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah


Pada hujung minggu lepas, hari sabtu 18/04/2008 surau as-sobirin BTP telah mengadakan kursus pengurusan jenazah. Ramai juga penduduk yang hadir. itu pun bercampur budak tafiz kalau tak boleh bilang dengan jari yg hadir...Sambutan agak baiklah tu. Majlis bermula pukul 9.00pagi dengan ucapan pengerusi majlis iaitu ust. Faturahman. Ust. Ali dari Sg.Karang kalau tak silap. Ceramah sessi pertama adalah Saat-saat kematian apa yang perlu kita laku. Selepas tu Selepas kematian, apa yg perlu di buat oleh ahli keluarga atau sahabat. Lepas tu MAKAN dulu.majlis berhenti rehat lebih kurang pukul 10.30 pagi. banyak juga juadah yg di sumbangkan oleh penduduk Blok 2. Selepas rehat.....
Aturaca seterusnya adalah teori dan pratikal untuk Mandi jenazah....Gambar tu jenazah telah di mandikan. agak berat sikit..memang berat pun...tapi masih sempat tersenyum tu.


Selepas dimandikan jenazah telah di kapan kan oleh tuan Iman Hj OSman kita di bantu oleh saudara NAza dan Anak nya...ada gaya keluarga NAza ni....


Mungkin keadaan surau kita orang tak air -con luar membuatkan jenazah kepanasan dan sempat tersenyum.....kalau mayat betul ni dah lama aku lari....


Ini adalah sebahagian peserta yang menjadi mayat/jenazah untuk hari tu.....




Kita di bahagikan 5 kumpulan jadi ada 5 jenazah semuanya....Kaum ibu pulak pratikal kat dalam surau yang lebih selesa kerana kat dalam ada air-cond tak lah panas sangat...pada hari aku juga bawa anak...dia asyik berlari kesana-sini saja susuh juga aku nak jaganya..majlis tamat pukul 12.30 th dan akan bersambung lagi dan bila belum di tetapkan lagi ....
Bersedia kita kearah itu...





Tuesday, April 21, 2009

Lost World of Tambun


Last Year....dalam bulan Nov 2008, masa cuti akhir tahun sekolah kali pertama aku dan family pergi ke Taman Air kat Ipoh-Sunway City Ipoh. Kami pergi pun sebab anak -anak sibuk nak gi Lost world tu. Dia orang dapat Kupon potongan, tak ingat dah berapa % tapi lebih murah dari biasalah.
Perjalanan dari Rawang ke Ipoh lebih kurang 2 jam dalam kelajuan yang tidak menyalahi peraturan jalan raya. Maklumlah bawa keluarga. Sampai kat sana lebih kurang pukul 10.00 pagi. Punyalah ramai orang dah beratur untuk beli tiket. Kupon diskauan tu adalah hari terakhir rupanya. Patut lah ramai sangat orang. lebih kurang 1/2 jam jugalah beratur baru dapat masuk.
Macam biasalah makanan luar tak bagi masuk. makanan kat sana tak mahal sangat tapi minuman yang agak mahal. kami sekeluarga sewa satu pelampung untuk berlayar kat sana. Maklumlahlan ada anak kecil si bongsu tu baru 17 bulan tapi bukan main seronoknya main air. lebih kurang pukul 5.00 petang baru kita orang keluar. Penat jangan ceritalah tapi bila tengok anak-anak gembira berbalaoi lah datang jauh-jauh.
Dalam perjanan pulang semua anak-anak tertidur kepenatan. Nasib baik second driver tak tidur, adalah teman berbual tak lah boring sangat. Singgah sebentar makan kat hentian Tapah. Ramai juga manusia yang turun dari C/Highland. sampai rumah dah malam. malam tu bukan main lena lagi tidur.

Wednesday, April 15, 2009

Mukadimah

Ini adalah blog yang menceritakan apa yang terjadi pada Muda dan apa saja disekelilingnya samaada dulu, kini dan akan datang. Semoga sesiapa yang membacanya dapat sedikit sebanyak manafaat dari yg tersurat mahupun yang tersirat...Wallahualam!! Wasalam.