sambil membaca , sambil berzikir

Tuesday, December 1, 2009

Raya Qurban 2009

Tahun ni cuma 2 ekor saja yang di tumbangkan bagi ibadat Qurban.Ramai sedara yang tak balik tahun ni. Walaupun cuma 2 ekor suasana tetap meriah dan kerja pun tak banyak. Kita mula tumbang lembu ni dalam pukul 3.00 ptg Cuaca panas tak hujan walaupun dalam musim hujan kat Terengganu.
1/2 jam lembu yang pertama dah jadi macam ni.Pisau baru guna agak tajamlah sebab tak kena lemak lagi. Aku cuma proses daging aje...lapah, tulang dan perut tak main..tak pandai. Daging OK lah....
Yang memang menarik buat Sup tulang..Satu lagi resipi orang Terengganu dia orang buat Rojak Katif . Rojak Katif ni sedap dimakan dengan kerepok kering yang digoreng. memang best tapi jangan makan banyak sangat nanti sakit perut.....Lebih kurang pukul 5.00ptg semua proses Qurban dah selesai. TAhun depan pun kita nak Qurban 2 ekor aje senang kerja tak lama sangat..siapa cepat didapat bahagian Tahun RM350.00 saja satu bahagian...






Thursday, September 17, 2009

Balik Raya..antara Tol dengan Tidur


Bila dengar berita toll dari Gombak ke Jabor free pada 18hb September 2009....ini berita baik ni...tapi aku selalu balik kampung bertolak sebelah pagi-pagi tapi ini peluang yang jarang-jarang berlaku. Tak apalah akau balik malam sampai pagi esok boleh tidur....Tol Gombak RM5.00 Tol Bentong RM3.00 Tol Karak ke Jabor RM21.00 Jumlah RM 29.00 tapi pukul 12.01 minit sampai 5.00 pagi....larat ke aku nak memandu waktu macam ni. Waktu-waktu macam ni sedap tidur ni. Tapi masa muda-muda dulu aku selalu memandu masa macam ni....agaknya jalan akan sesak kerana ramai yang akan mengambil kesempatan tawaran ni....Kalau bertolak selepas solat Tawarikh kira OK lah ni...
Selamat HAri RAya Maaf Zahir Batin

Tuesday, June 30, 2009

EKSPO MEGA Beli Barangan Malaysia

Hujung minggu baru ni aku dan famili gie ekspo Mega beli barangan Malaysia kat KLCC.


Kereta ni buatan Malaysia ke???

















Wednesday, June 17, 2009

Sg.Chongkak Hulu Langat

Cuti sekolah 2 minggu tak sempat nak bercuti. Ramai tetamu datang ke rumah dari kg. So kami sekeluarga tak kemana-mana cuti kali ni. yang datang nak hantar anak masuk kolej pun ada, yang datang nak tengok Anak saudara baru pun ada, yang datang nak ambil kereta baru pun ada....
Di hujung cuti sekolah sempat bawa anak-anak mandi kat Sungai Chongkak Hulu Langat aje..
nasib baik orang tak ramai syok juga ....
Anak aku yang ni seorang tak tahan sejuk...sekejap mandi kejap lagi masuk khemah...makan..makan...
Ummi dia asyik jaga yang mentol ni aje ...takut nak masuk air....


yang ni 2 org tak tahulah kalau tak panggil makan tak makan lah jawapnya....














000

Wednesday, May 13, 2009

PENAT SANGAT NI

KASIHAN.... penatlah tu ..... bapak misali tu...

Wajah Baru

Tempat ni nak panggil apa? nak kat kerusi besar sangat, nak kata katil kecil sikit tapi besar dari katil anak bujang aku. Apa-apa aje. Sebenar kerusi baru sampai dari kampung. Dari Terengganu Mak Mertua aku bagi. Tengoklah tu sebelum mendapat sentuhan aku. Suram aje... Setelah di gosok dan di sapu dengan cat baru....ini lah hasilnya....sebenarnya bukan aku yg buat tapi aku upah mat bangla yg buat....

kawasan yang tak sempat nak selamatkan. Tapak kaki anak saudara aku yang datang dari kuantan nak tengok baby Aliyaa Amni......



MIHAS 2009

Hari Sabtu 9hb tu hari kami sekeluarga sempatlah berkunjung ke Pameran makanan halal di pusat pameran & konvensyen MATRADE MECC jalan duta. Bila berkunjung ke pesta macam ni, masalah utama adalah nak park kereta. Kalau sampai awal senanglah nak parking tapi kalau pikul 12.00 th baru sampai jawapnya berpusing-pusing cari parking. Last sekali parking kat masjid lepas tu Van yang pihak pengajur sediakan. tak payah bayar parking.


Sampai kat sana terus dewan D. Mana HAll A,B dan C ? Rupanya hall ABC kat dalam bangunan MATRADE tu. Tak ada apa pun kat dalam tu...jawap petugas MIHAS tu. Hall D,E,F,G untuk public kot....






Banyak juga produk baru yg tak ada lagi kat open market keluaran bumi. hari tu tak payah beli makanan sebab banyak sangat try makan dan minum yg di sediakan oleh peserta.




Friday, May 8, 2009

AlyaAmni Binti Ali Sham







Inilah idik ipar aku yang baru nak keluar Hospital Selayang selepas 3 malam bermalam disana. Ibu nya dari kg pung dah sampai. Buat masa ni anak dan ibu berada dalam keadaan sihat semua nya.



Inilah Alya Amni Binti Ali Sham yang kini 7 hari. Banyak minum susu.




Tuesday, May 5, 2009

Crankset SLX

Makenik yang bertualiah sedang memasang crankset Shimano SLX baru untuk jentera AM 800. Tapi jentera ini sudah lama tidak beraksi. Aku tak pasti mengapa???tanya owner dia sendiri......

Harga nya sekarang lebih kurang RM4xx.xx aku harap lepas ni dia akan beraksilah. OPPPPP maaf masalah Brek pulak....Bocor pulak breknya...kena tunggu lagi mungkin tahuan depan baru boleh beraksi ....


Hand Beg Siapa ni?

Macamana gambar ni dalam cemera handphone aku ni....

Mungkin Isteri aku Kot....lebel SOGO tu...

Anak Saudara Bt Ali Sham

Pada pukul 7.20 pagi 2hb May 2009 lahirlah bayi ini dengan penuh keceriaan....anak saudara yang terbaru di lahirkan di Hospitala Selayang. Buat masa ini baby ini belum ada Nama tapi Cadangan Ialah Aliya Maisara agaknya. Tapi yang pasti baby di BINTI kan Ali Sham .Lupa nak tanya adik ipar aku berapa berat baby ni masa lahir. TApi tak kisahlah berapa berat yang penting ia selamat di lahirkan tanpa Operation.


Si Angah ni sibuk nak bertanya apa Nama Baby ni pada IBU nya pada Achiknya yang masih lagi belum pulih sepenuhnya. Ke dua orang tua aku dalam perjalanan dari KT mungki petang baru sampai. kami sekeluarga baru lepas pergi kenduri mak Cik Wa kat selayang kg Nohkoda kiri 14 selayang.






Wajah-wajah ceria penduduk dunia akhir zaman, ramai perempuan dari lelaki termasuklah aku. dapat anak saudara pun perempuan. yang kecil tu di lahirkan di Hospital Sg. Buluh.Kakak nya di HUKM Cheras.Achik Hospital Selayang dan Angah satu-satu di lahirkan Di Kuala Terengganu.




Wednesday, April 22, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah


Pada hujung minggu lepas, hari sabtu 18/04/2008 surau as-sobirin BTP telah mengadakan kursus pengurusan jenazah. Ramai juga penduduk yang hadir. itu pun bercampur budak tafiz kalau tak boleh bilang dengan jari yg hadir...Sambutan agak baiklah tu. Majlis bermula pukul 9.00pagi dengan ucapan pengerusi majlis iaitu ust. Faturahman. Ust. Ali dari Sg.Karang kalau tak silap. Ceramah sessi pertama adalah Saat-saat kematian apa yang perlu kita laku. Selepas tu Selepas kematian, apa yg perlu di buat oleh ahli keluarga atau sahabat. Lepas tu MAKAN dulu.majlis berhenti rehat lebih kurang pukul 10.30 pagi. banyak juga juadah yg di sumbangkan oleh penduduk Blok 2. Selepas rehat.....
Aturaca seterusnya adalah teori dan pratikal untuk Mandi jenazah....Gambar tu jenazah telah di mandikan. agak berat sikit..memang berat pun...tapi masih sempat tersenyum tu.


Selepas dimandikan jenazah telah di kapan kan oleh tuan Iman Hj OSman kita di bantu oleh saudara NAza dan Anak nya...ada gaya keluarga NAza ni....


Mungkin keadaan surau kita orang tak air -con luar membuatkan jenazah kepanasan dan sempat tersenyum.....kalau mayat betul ni dah lama aku lari....


Ini adalah sebahagian peserta yang menjadi mayat/jenazah untuk hari tu.....




Kita di bahagikan 5 kumpulan jadi ada 5 jenazah semuanya....Kaum ibu pulak pratikal kat dalam surau yang lebih selesa kerana kat dalam ada air-cond tak lah panas sangat...pada hari aku juga bawa anak...dia asyik berlari kesana-sini saja susuh juga aku nak jaganya..majlis tamat pukul 12.30 th dan akan bersambung lagi dan bila belum di tetapkan lagi ....
Bersedia kita kearah itu...





Tuesday, April 21, 2009

Lost World of Tambun


Last Year....dalam bulan Nov 2008, masa cuti akhir tahun sekolah kali pertama aku dan family pergi ke Taman Air kat Ipoh-Sunway City Ipoh. Kami pergi pun sebab anak -anak sibuk nak gi Lost world tu. Dia orang dapat Kupon potongan, tak ingat dah berapa % tapi lebih murah dari biasalah.
Perjalanan dari Rawang ke Ipoh lebih kurang 2 jam dalam kelajuan yang tidak menyalahi peraturan jalan raya. Maklumlah bawa keluarga. Sampai kat sana lebih kurang pukul 10.00 pagi. Punyalah ramai orang dah beratur untuk beli tiket. Kupon diskauan tu adalah hari terakhir rupanya. Patut lah ramai sangat orang. lebih kurang 1/2 jam jugalah beratur baru dapat masuk.
Macam biasalah makanan luar tak bagi masuk. makanan kat sana tak mahal sangat tapi minuman yang agak mahal. kami sekeluarga sewa satu pelampung untuk berlayar kat sana. Maklumlahlan ada anak kecil si bongsu tu baru 17 bulan tapi bukan main seronoknya main air. lebih kurang pukul 5.00 petang baru kita orang keluar. Penat jangan ceritalah tapi bila tengok anak-anak gembira berbalaoi lah datang jauh-jauh.
Dalam perjanan pulang semua anak-anak tertidur kepenatan. Nasib baik second driver tak tidur, adalah teman berbual tak lah boring sangat. Singgah sebentar makan kat hentian Tapah. Ramai juga manusia yang turun dari C/Highland. sampai rumah dah malam. malam tu bukan main lena lagi tidur.

Wednesday, April 15, 2009

Mukadimah

Ini adalah blog yang menceritakan apa yang terjadi pada Muda dan apa saja disekelilingnya samaada dulu, kini dan akan datang. Semoga sesiapa yang membacanya dapat sedikit sebanyak manafaat dari yg tersurat mahupun yang tersirat...Wallahualam!! Wasalam.