sambil membaca , sambil berzikir

Sunday, February 7, 2010

Majlis Pemuafakatan Ilmu Tahun 6



Sedar tak sedar anak sulong aku dah tahun 6 2010. Tak lama lagi dia akan ambil exam UPSR. Bermacam - macam program yang di atur oleh pihak sekolah antaranya ialah Program Majlis Permaufakatan ni...Dah lama aku tak gie majlis macam ni, maksud aku pergi ke sekolah. Kalau meeting PIBG aku tak pernah gie...tapi majlis ni dicret untuk anak aku so ...aku terpaksalah pergi untuk semangatkan anak yang nak UPSR tahun ni...




Antara member yang hadir sama untuk majlis ni...Siap dapat sarapan lagi..



Thursday, February 4, 2010

Sakit Mata..2010



Dah lama rasanya tak kena sakit Mata ni...Ujian dari Yang Maha Esa ni bermacam-macam, antaranya sakit mata ni. Dapat MC 2 Hari...boring dok rumah. hari ni dah gie kerja walaupun mata masih lagi merah.

Mulanya mata rasa gatal dan berpasir aje...pagi bila bangun taik mata dah banyak susah nak buka mata.Bila gie klinik sah jangkitan mata. Kata Dr yang merawat tu sakit mata ni tak boleh berjangkit macam tu aje....Kecuali ada sentuhan dimana pesakit telah menyentuh matanya dulu. Contohnya pesakit sentuh matanya dengan tangan dan kemudian dia sentuh atau guna Pen, Lalu pen itu disentuh oleh org lain dan dia sentuh matanya...lalu kuman akan terus ke matanya...

Semua penyakit di dunia ni Allah berikan dengan ubatnya sekali kecuali Mati...dan penyakit ni adalah untuk kita lebih mengingati Allah Yang Maha Esa..Di hapuskan Dosa-dosa kecil kita...Oleh tu bersyukurlah kita di beri sakit agar kita terus bertaqwa kepadanya...

Tuesday, December 1, 2009

Raya Qurban 2009

Tahun ni cuma 2 ekor saja yang di tumbangkan bagi ibadat Qurban.Ramai sedara yang tak balik tahun ni. Walaupun cuma 2 ekor suasana tetap meriah dan kerja pun tak banyak. Kita mula tumbang lembu ni dalam pukul 3.00 ptg Cuaca panas tak hujan walaupun dalam musim hujan kat Terengganu.
1/2 jam lembu yang pertama dah jadi macam ni.Pisau baru guna agak tajamlah sebab tak kena lemak lagi. Aku cuma proses daging aje...lapah, tulang dan perut tak main..tak pandai. Daging OK lah....
Yang memang menarik buat Sup tulang..Satu lagi resipi orang Terengganu dia orang buat Rojak Katif . Rojak Katif ni sedap dimakan dengan kerepok kering yang digoreng. memang best tapi jangan makan banyak sangat nanti sakit perut.....Lebih kurang pukul 5.00ptg semua proses Qurban dah selesai. TAhun depan pun kita nak Qurban 2 ekor aje senang kerja tak lama sangat..siapa cepat didapat bahagian Tahun RM350.00 saja satu bahagian...






Thursday, September 17, 2009

Balik Raya..antara Tol dengan Tidur


Bila dengar berita toll dari Gombak ke Jabor free pada 18hb September 2009....ini berita baik ni...tapi aku selalu balik kampung bertolak sebelah pagi-pagi tapi ini peluang yang jarang-jarang berlaku. Tak apalah akau balik malam sampai pagi esok boleh tidur....Tol Gombak RM5.00 Tol Bentong RM3.00 Tol Karak ke Jabor RM21.00 Jumlah RM 29.00 tapi pukul 12.01 minit sampai 5.00 pagi....larat ke aku nak memandu waktu macam ni. Waktu-waktu macam ni sedap tidur ni. Tapi masa muda-muda dulu aku selalu memandu masa macam ni....agaknya jalan akan sesak kerana ramai yang akan mengambil kesempatan tawaran ni....Kalau bertolak selepas solat Tawarikh kira OK lah ni...
Selamat HAri RAya Maaf Zahir Batin

Tuesday, June 30, 2009

EKSPO MEGA Beli Barangan Malaysia

Hujung minggu baru ni aku dan famili gie ekspo Mega beli barangan Malaysia kat KLCC.


Kereta ni buatan Malaysia ke???

















Wednesday, June 17, 2009

Sg.Chongkak Hulu Langat

Cuti sekolah 2 minggu tak sempat nak bercuti. Ramai tetamu datang ke rumah dari kg. So kami sekeluarga tak kemana-mana cuti kali ni. yang datang nak hantar anak masuk kolej pun ada, yang datang nak tengok Anak saudara baru pun ada, yang datang nak ambil kereta baru pun ada....
Di hujung cuti sekolah sempat bawa anak-anak mandi kat Sungai Chongkak Hulu Langat aje..
nasib baik orang tak ramai syok juga ....
Anak aku yang ni seorang tak tahan sejuk...sekejap mandi kejap lagi masuk khemah...makan..makan...
Ummi dia asyik jaga yang mentol ni aje ...takut nak masuk air....


yang ni 2 org tak tahulah kalau tak panggil makan tak makan lah jawapnya....














000

Wednesday, May 13, 2009

PENAT SANGAT NI

KASIHAN.... penatlah tu ..... bapak misali tu...